~aku insan biasa~

~aku insan biasa~
AKU INSAN BIASA........Aku tak memilih menjadi insan biasa.. Memang hakku utk menjadi luar biasa.. untuk menghadapi dunia dengan berani.. aku haruslah tabah menghadapi semua dugaan.. Segalanya ini memberikan makna seorang bergelar INSAN..

Khamis, 21 April 2011

Jika aku tidak dilahirkan sebagai Islam

bila aku memerhati sekeliling, memerhati setiap insan berlainan agama yang lalu-lalang di sekeliling, aku tersedar akan betapa beruntungnya aku lahir di dalam sebuah keluarga Islam. betapa beruntungnya aku dilahirkan sebagai seorang muslim. betapa beruntungnya aku apabila kali pertama menjenguk keluar dari rahim ibuku terus sahaja aku dialunkan dengan laungan halus iqamah di telingaku. betapa beruntungnya aku. tidak, perkataan beruntung mungkin kurang sesuai, sebenarnya kita semua yang dilahirkan sebagai seorang muslim adalah BERNASIB BAIK.

pernah kamu terfikir bagaimana jika kamu dilahirkan bukan di dalam keluarga Islam? jika kamu dilahirkan sebagai seorang bukan Islam. kita semua tidak pernah punya pilihan untuk lahir dalam keluarga Islam atau bukan Islam. sepertimana juga bayi-bayi bukan Islam tidak juga memilih untuk lahir sebagai seorang kafir. subhanallah, betapa beruntungnya kita semua.

bagaimana jika aku lahir sebagai seorang bukan Islam? dibesarkan dengan cara yang bertentangan dengan apa yang aku amalkan ketika ini. diasuh sejak kecil dengan amalan dari agama lain. minda disumbat dengan segala input kepercayaan yang jauh berbeza. adakah semudah itu aku akan menyedari yang Islam adalah agama yang benar setelah minda aku dibasuh dengan kepercayaan lain semenjak lahir? semudah itukah Allah akan turunkan hidayah kepada aku?


*terdiam sejenak*


mungkin sebab itu aku kurang amalan. mungkin sebab itu aku selalu alpa dan leka. dan mungkin sebab itu juga amalan yang aku kerjakan selalunya sambil lewa (dan mungkin kita semua). kerana aku ini lahir-lahir sahaja sudah Islam. buka mata sahaja sudah Islam. aku tidak tahu bagaimana perasaan yang dilalui oleh saudara baru yang berasal dari agama lain. betapa mereka tidak pernah memilih untuk lahir sebagai seorang bukan Islam.

sesungguhnya aku bersyukur aku lahir sebagai seorang muslim. biarpun amalan aku tidak lengkap, berbecak berlubang di sana-sini, selalu ingkar, namun tiada perkara lain yang membuatkan aku lebih bersyukur..


melainkan dilahirkan sebagai seorang muslim. alhamdulillah.





Nasyid oleh Inteam : Taman Firdausi

~ana budak baru belajar~ (n_n)

Assalamualaikum...
hehe ... =D
macam tak caya ja ana ade blog sendiri..
xpe2...

ni baru permulaan nk belajar kn..
sila tunjuk ajar ye..
ape yang kurang tu..
tegur2 la ana k..
ana masih xsempurna..
dan memerlukan bimbingan lagi..
pape pun salam ukhwah dari ana..;) 
-aniemawaddah-